1. PENGENALAN
1.1 Selamat datang ke laman sesawang dan aplikasi telefon bimbit SPX Express (“Laman kami”) yang diuruskan oleh SPX Express (Malaysia) Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat bersekutunya (secara individu dan secara kolektif, “SPX Express”, “SPX” atau “kami”). Kami mengambil tanggungjawab kami di bawah undang-undang dan peraturan privasi yang berkenaan ("Undang-undang Privasi") dengan serius dan kami komited untuk melindungi data peribadi penguna-pengguna Laman kami (“Pengguna” atau “anda”). Dasar Privasi ini ("Dasar Privasi ini") menyatakan bagaimana kami mengumpul, mengguna, mendedah dan/atau memproses data peribadi.
1.2 Sila ambil maklum bahawa Dasar Privasi ini hanya terpakai setakat dimana kami adalah pengawal data bagi mana-mana data peribadi anda yang kami kumpulkan. Contohnya, apabila anda menghubungi SPX secara langsung untuk menyediakan “pick-up”, “drop-off” atau penghantaran bungkusan.
1.3 Dasar Privasi ini tidak terpakai setakat dimana kami adalah pemproses data yang memproses data anda bagi pihak pengawal data. Contohnya, apabila anda membeli barang daripada peniaga dalam talian atau platform e-dagang dan peniaga dalam talian atau platform e-dagang tersebut melantik SPX untuk perkhidmatan penghantaran. Kami tidak bertanggungjawab bagi amalan perlindungan data atau dasar privasi pihak ketiga tersebut (yang merupakan pengawal data) yang mempunyai kawalan ke atas data peribadi anda, dan anda amat digalakkan untuk merujuk kepada dasar privasi mereka untuk mendapatkan maklumat yang lanjut.
1.4 "Data Peribadi" atau "data peribadi" bermaksud data, sama ada benar atau tidak, mengenai individu yang boleh dikenalpasti daripada data itu, atau daripada data dan maklumat lain yang mana sesebuah organisasi mempunyai akses atau mungkin mempunyai akses. Contoh data peribadi termasuk nama, nombor kad pengenalan, maklumat untuk berhubung dan/atau maklumat kenderaan.
1.5 Dengan menggunakan, memuat turun, memasang, mengakses, mendaftar akaun atau sebaliknya mempunyai akaun di Laman kami, anda mengakui dan bersetuju dengan amalanamalan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, dan anda bersetuju untuk kami mengumpul, mengguna, mendedah dan/atau memproses data peribadi anda seperti yang tertera di sini. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN PENGUMPULAN, PENGGUANAAN, PENDEDAHAN DAN/ATAU PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA SEPERTI DIHURAIKAN DALAM DASAR PRIVASI INI, SILA JANGAN MENGGUNA DAN/ATAU MENGAKSES LAMAN KAMI.
1.6 Sekiranya kami meminda Dasar Privasi kami, kami akan memaparkan Dasar Privasi yang dipinda di sini dan mungkin memberi notifikasi kepada anda mengikut Undang-undang Privasi. Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Sejauh yang diizinkan berdasarkan undang-undang yang berkenaan, penggunaan dan/atau pengaksesan anda kepada Laman kami secara berterusan merupakan pengakuan dan penerimaan anda terhadap perubahan yang dibuat kepada Dasar Privasi ini. Dasar Privasi ini terpakai bersama notis-notis, klausa kontrak, klausa persetujuan lain yang berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan, penggunaan, pendedahan dan/atau pemprosesan data peribadi anda oleh kami dan tidak bertujuan untuk mengatasi notis atau klausa tersebut melainkan kami menyatakan dengan jelas sebaliknya.
2. BILAKAH SPX MENGUMPUL DATA PERIBADI?
2.1 Kami mengumpul data peribadi mengenai anda:
(a) apabila anda mendaftar untuk membuka akaun di Laman kami atau apabila akaun di Laman kami dibuka untuk anda;
(b) apabila anda menghantar dan/atau memberi dokumentasi dan maklumat semasa proses mendaftar akaun, atau sebagai sebahagian daripada usaha wajar (‘due diligence’), proses pengesahan identiti dan langkah anti-penipuan kami;
(c) apabila anda menghantar apa-apa borang, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, borang permohonan atau borang lain yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami atau apa-apa perkara sampingan yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan kami termasuk peluang pekerjaan atau perkhidmatan kontraktual, sama ada atas talian atau melalui bentuk fizikal;
(d) apabila anda menggunakan Laman kami, contohnya apabila anda mewujudkan tugasan penghantaran, “pick-up” atau “drop-off”;
(e) apabila anda menggunakan perkhidmatan elektronik kami, atau berinteraksi dengan kami menerusi aplikasi kami atau menggunakan perkhidmatan di Laman kami. Ini termasuk, tanpa had, melalui “cookies” yang boleh kami gunakan apabila anda berinteraksi dengan Laman kami;
(f) apabila anda memberi keizinan pada peranti anda untuk berkongsi maklumat dengan Laman kami;
(g) apabila maklumat akaun bank atau maklumat pembayaran anda dimasukkan ke Laman kami; dan/atau
(h) apabila anda memberikan maklum balas, aduan, permohonan untuk perkhidmatan pelanggan, atau sebaliknya berkomunikasi dengan kami seperti melalui panggilan telefon (yang mungkin dirakam), surat, faks, mesyuarat bersemuka, platform media sosial dan emel. Contoh-contoh di atas adalah tidak menyeluruh dan ia menetapkan beberapa contoh-contoh biasa apabila data peribadi tentang anda boleh dikumpulkan.
2.2 Kami mungkin akan mengumpul data peribadi mengenai anda daripada syarikat-syarikat bersekutu kami atau pihak ketiga yang lain, termasuk tanpa had rakan kongsi perniagaan (seperti e-dagang, perekrut, penyedia perkhidmatan pembayaran atau pemasaran), pengguna lain Laman kami atau sumber data yang sedia ada secara umum. Kami hanya akan berbuat demikian mengikut Undang-undang Privasi dan untuk tujuan seperti yang tertera dalam Dasar Privasi ini.
2.3 Dalam beberapa situasi, anda mungkin memberikan data peribadi individu lain kepada kami (termasuk ahli keluarga dan rakan anda) bagi program rujukan. Jika anda memberikan kami data peribadi mereka, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka untuk data peribadi mereka diproses mengikut Dasar Privasi ini.
2.4 Kami mungkin akan menerima data peribadi daripada pengawal data yang telah melantik kami untuk menjalankan perkhidmatan logistik atau penghantaran. Walau bagaimanapun, dalam hal ini, kami hanya berbuat demikian sebagai pemproses data dan kami memproses data peribadi bagi pihak pengawal data. Kami tidak bertanggungjawab bagi amalan perlindungan data atau dasar privasi pengawal data tersebut yang mempunyai kawalan ke atas data peribadi anda, dan anda sangat digalakkan untuk merujuk kepada dasar privasi mereka untuk maklumat yang lanjut.
3. APAKAH DATA PERIBADI YANG SPX KUMPUL?
3.1 Data peribadi yang kami boleh kumpulkan termasuk tetapi tidak terhad kepada:
(a) maklumat pendaftaran akaun (termasuk nama, tarikh lahir, alamat e-mel, alamat pengebilan dan/atau penghantaran, negera, negeri, bandar dan nombor telefon anda) dan pengecam akaun;
(b) maklumat pengesahan akaun atau identiti (termasuk gambar, ID yang dikeluarkan oleh kerajaan, nombor pengenalan peribadi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kawal selia atau pencukaian, dan dokumen pendaftaran syarikat yang mengandungi data peribadi dan salinannya);
(c) butiran perhubungan penghantar bungkusan dan maklumat “pick-up” bungkusan (seperti nama, nombor telefon, alamat e-mel, alamat penghantar atau “pick up”);
(d) butiran perhubungan penerima bungkusan dan maklumat “drop-off” bungkusan (seperti name, nombor telefon, alamat e-mel, alamat penghantaran atau “drop-off”);
(e) butiran bungkusan (seperti butiran item dan maklumat transaksi):
(f) sejauh mana yang berkenaan, maklumat akaun bank anda (seperti nama bank, nama cawangan, nama pemilik akaun bank, nombor akaun bank) dan salinan dokumen yang membuktikan maklumat tersebut;
(g) sejauh mana yang berkenaan, maklumat berkaitan pembayaran (seperti amaun pembayaran atau pengeluaran, masa dan tarikh transaksi, kaedah transaksi);
(h) nombor penjejakan bungkusan;
(i) maklumat lokasi pengumpulan (termasuk alamat), dan butiran perhubungan lokasi pengumpulan;
(j) maklumat peranti (seperti ID peranti, jenis peranti, nama peranti dan maklumat berkenaan yang dihantar oleh atau berkaitan dengan peranti yang digunakan untuk mengakses Laman kami);
(k) maklumat mengenai rangkaian anda (seperti alamat IP dan pembekal rangkaian);
(l) maklumat penggunaan laman (seperti tempoh log masuk, masa log masuk terakhir, log panggilan, log mesej, jumlah masa yang dihabiskan di Laman kami dan halamanhalaman Laman kami);
(m) data lokasi (lokasi tepat dan anggaran);
(n) maklumat tugasan penghantaran (seperti masa “pick-up”, “drop-off” atau penghantaran bungkusan, tandatangan penghantar, penerima dan pemandu atau pengakuan “pickup”, “drop-off” atau penghantaran bungkusan); dan
(o) gambar, rakaman audio atau video, seperti untuk bukti penghantaran atau menjawab sebarang isu khidmat pelanggan.
3.2 Anda bersetuju untuk tidak menyerah atau memberi maklumat kepada kami yang salah, tidak tepat atau mengelirukan, dan anda bersetuju untuk memberitahu kami mengenai ketidaktepatan atau perubahan maklumat tersebut. Kami berhak mengikut budi bicara kami sendiri untuk meminta dokumentasi lebih lanjut untuk mengesahkan mana-mana maklumat yang diberikan oleh anda.
3.3 Sekiranya anda tidak mahu kami mengumpul maklumat / data peribadi yang dinyatakan di atas, anda boleh memilih untuk menarik diri pada bila-bila masa dengan memberitahu Pegawai Perlindungan Data kami secara bertulis kepada e-mel yang dinyatakan dalam Seksyen 13 (Soalan, Kerisauan atau Aduan? Hubungi Kami) di bawah. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa pemilihan anda untuk menarik diri atau menarik balik kebenaran anda untuk kami mengumpul, mengguna, mendedah atau memproses data peribadi anda boleh menyebabkan kami tidak dapat menyediakan Laman kami untuk anda.
4. COOKIES
Kami atau pihak ketiga yang dibenarkan oleh kami boleh dari semasa ke semasa menggunakan “cookies” atau fail yang serupa (seperti skrip, tag, piksel atau teknologi yang lain) (“Cookies” atau “cookies”) untuk membenarkan kami atau pihak ketiga mengumpul atau berkongsi maklumat berkaitan dengan interaksi dan/atau penggunaan Laman kami oleh anda. Ciri-ciri ini membantu kami meningkatkan Laman kami dan membantu kami menawarkan perkhidmatan dan ciri baharu melalui Laman kami. Anda boleh mengawal atau memadam “cookies” melalui tetapan peranti anda. Kebanyakan peranti mudah alih dan pelayar membenarkan anda menolak “cookies” atau memaklumkan anda apabila “cookies” sedang ditetapkan, atau membenarkan anda membuangkan dan memadamkan “cookies” daripada peranti anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda melakukan ini, anda mungkin tidak dapat menggunakan kefungsian penuh Laman kami.
5. BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT YANG ANDA MEMBERIKAN KEPADA KAMI?
5.1 Kami boleh mengumpul, mengguna, mendedah dan/atau memproses data peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan berikut:
(a) untuk mempertimbangkan dan/atau memproses permohonan/pendaftaran akaun anda di Laman kami dan untuk tujuan pengesahan identiti, usaha wajar (‘due diligence’), “knowyour-customer”, dan langkah anti-penipuan selaras dengan kewajipan undang-undang atau regulatori atau prosedur pengurusan risiko kami yang diwajibkan oleh undang-undang atau ditentukan oleh kami;
(b) untuk mengurus, mengendali, menyedia dan/atau mentadbir penggunaan dan/atau akses anda kepada Laman kami dan/atau perkhidmatan kami;
(c) menghubungi anda dan mengurus pesanan penghantaran termasuk memproses pesanan penghantaran, mengemas kini status penghantaran anda, pentadbiran pembayaran dan memudahkan perhubungan antara anda dan penghantar/penerima (mana yang berkaitan);
(d) untuk memproses sebarang tuntutan dan pembayaran yang mungkin timbul dibawah Terma dan Syarat SPX Express atau dasar lain yang berkenaan;
(e) untuk menganalisis dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan penghantaran yang dijalankan, transaksi, interaksi dan/atau komunikasi melalui Laman kami dengan pelanggan atau pihak ketiga;
(f) untuk memastikan integriti dan keselamatan Laman kami;
(g) untuk mengekalkan dan mentadbir sebarang kemas kini perisian dan/atau kemas kini dan sokongan lain yang mungkin diperlukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelancaran Laman kami dan perkidmatan kami;
(h) untuk menguatkuasakan Terma dan Syarat SPX atau hak kami dibawah mana-mana kontrak, atau untuk bertindak balas terhadap proses perundangan atau mematuhi undang-undang yang terpakai, kehendak kerajaan atau pengawalseliaan mana-mana bidang kuasa yang berkaitan;
(i) untuk mencegah atau menyiasat sebarang pelanggaran yang benar atau disyaki terhadap Terma dan Syarat SPX, penipuan, aduan, aktiviti yang menyalahi undangundang atau salah laku, sama ada berkaitan dengan penggunaan Laman kami oleh anda atau apa-apa perkara lain yang timbul daripada persetujuan, kontrak dan/atau terma dan/atau syarat yang dikenakan seperti yang dipersetujui atau diterima oleh anda berhubung dengan anda menyediakan perkhidmatan kurier atau perkhidmatan penghantaran bungkusan;
(j) untuk menangani atau memudahkan permintaan khidmat pelanggan, menjawab maklum balas, aduan, pertanyaan atau komunikasi yang lain (termasuk pemantauan atau rakaman panggilan telefon dan interaksi pengguna untuk jaminan kualiti, latihan pekerja dan penilaian prestasi);
(k) untuk menjalankan aktiviti penyelidikan, analisis dan pembangunan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, analitik data, tinjauan, pembangunan dan/atau pemprofilan produk dan perkhidmatan), untuk menganalisis bagaimana anda menggunakan perkhidmatan kami, untuk mengesyorkan perkhidmatan yang relevan dengan minat anda, untuk meningkatkan perkhidmatan atau produk kami dan/atau untuk meningkatkan pengalaman pelanggan anda;
(l) untuk pemasaran dan pengiklanan, dalam hal ini, untuk menghantar kepada anda melalui pelbagai medium dan kaedah komunikasi maklumat pemasaran dan promosi dan bahan-bahan yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan (termasuk, tanpa batasan, produk dan/atau perkhidmatan pihak ketiga yang mana SPX mungkin bekerjasama atau menjalinkan hubungan) yang SPX (dan/atau sekutunya atau syarikat yang berkaitan) mungkin akan menjualkan, memasarkan atau mempromosikan, termasuk peluang pekerjaan dan perkhidmatan kontraktual, sama ada produk atau perkhidmatan semasa atau dicipta pada masa depan. Anda boleh berhenti melanggan daripada menerima maklumat pemasaran pada bila-bila masa dengan bertulis kepada Pegawai Perlindungan Data kami di e-mel yang dinyatakan dalam Seksyen 13 (Soalan, Kerisauan atau Aduan? Hubungi Kami) di bawah atau jika ada, dengan mengunakan fungsi berhenti melanggan dalam Laman kami;
(m) untuk menawarkan program kesetiaan, rakan kongsi dan bonus dan tawaran serta usaha pemasaran jenama bersama yang lain
(n) untuk menghasilkan statistik dan penyelidikan untuk pelaporan dalaman dan berkanun dan/atau keperluan penyimpanan rekod;
(o) untuk menyimpan, mengehos, menyandarkan (sama ada untuk pemulihan bencana atau sebaliknya) data peribadi anda, sama ada di dalam atau di luar negara kediaman anda;
(p) untuk memudahkan transaksi aset perniagaan atau transaksi aset perniagaan yang berpotensi, di mana transaksi tersebut melibatkan SPX, sekutunya, dan/atau syarikat berkaitan, termasuk peserta pihak ketiga. "Urus niaga perniagaan" merujuk kepada pembelian, penjualan, pajakan, penggabungan, penyatuan atau sebarang pengambilalihan, pelupusan atau pembiayaan lain organisasi atau sebahagian organisasi atau mana-mana perniagaan atau aset sesuatu organisasi; dan/atau
(q) apa-apa tujuan lain yang kami maklumkan kepada anda semasa mendapatkan persetujuan anda.
(secara kolektif, "Tujuan").
5.2 Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin menggunakan proses membuat keputusan yang automatik semasa anda menggunakan Laman kami, seperti untuk menganalisis dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan penghantaran yang sedang dijalankan, atau untuk mengoptimumkan laluan penghantaran.
5.3 Anda mengakui dan bersetuju bahawa SPX dapat mengakses, menyimpan dan mendedahkan maklumat anda jika diperlukan untuk melakukannya oleh undang-undang atau menurut perintah mahkamah atau oleh mana-mana pihak kerajaan, penguatkuasa undang-undang atau pengawal selia berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas SPX atau dengan itikad baik kepercayaan bahawa pemeliharaan atau pendedahan akses sedemikian adalah wajar untuk:
(a) mematuhi proses undang-undang;
(b) mematuhi permintaan daripada mana-mana pihak kerajaan, penguatkuasa undang-undang atau pengawal selia yang mempunyai bidang kuasa ke atas SPX;
(c) menguatkuasakan Terma dan Syarat SPX, hak-hak SPX, atau Dasar Privasi ini;
(d) bertindak balas terhadap tuntutan yang diancam atau sebenar yang diajukan terhadap SPX atau tuntutan lain bahawa hak pihak ketiga telah dilanggar;
(e) menjawab permintaan atau pertanyaan anda; atau
(f) melindungi hak, harta benda atau keselamatan peribadi SPX, pekerja, pengguna dan/atau orang ramai.
5.4 Oleh kerana tujuan yang kami akan kumpul, guna, dedah atau proses data peribadi anda bergantung pada keadaan yang ada, tujuan tersebut mungkin tidak muncul di atas. Walau bagaimanapun, kami akan memaklumkan anda tentang tujuan lain pada masa mendapatkan persetujuan anda, melainkan jika memproses data berkenaan tanpa persetujuan anda dibenarkan oleh Undang-undang Privasi.
6. MAKLUMAT BERKENAAN KANAK-KANAK
Platform ini tidak ditujukan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Kami tidak dengan sengaja mengumpul sebarang data peribadi daripada sesiapa yang berumur di bawah 13 tahun dan mana-mana bahagian Laman kami juga tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila jangan benarkan kanak-kanak di bawah jagaan anda menyerahkan data peribadi kepada Laman kami. Sekiranya data peribadi kanakkanak yang di bawah umur 18 tahun dalam jagaan anda didedahkan kepada SPX, anda dengan ini bersetuju dengan pemprosesan data peribadi kanak-kanak itu dan menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Dasar ini bagi pihak kanak-kanak tersebut. Kami akan menutup mana-mana akaun yang digunakan secara eksklusif oleh kanak-kanak tersebut dan akan membuang dan/atau memadam sebarang data peribadi yang kami percaya telah diserahkan tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga oleh mana-mana kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.
7. BAGAIMANAKAH SPX MELINDUNGI DATA ANDA?
7.1 Kami melaksanakan pelbagai langkah teknikal dan keselamatan seperti penyulitan data anda dan berusaha untuk memastikan keselamatan data peribadi anda dalam sistem kami. Data peribadi yang kami menyimpan juga terkandung di sebalik rangkaian yang selamat dan hanya boleh diakses oleh sebilangan pekerja terhad yang mempunyai hak akses khusus kepada sistem tersebut.
7.2 Walau bagaimanapun, tidak mungkin keselamatan secara multak dapat dijaminkan, contohnya, apabila pendedahan, akses atau penggunaan tanpa kebenaran timbul daripada penggodaman berniat jahat dan/atau canggih yang bukan kerana kesalahan kami oleh individu atau organisasi. Pihak ketiga mungkin memintas atau mengakses secara menyalahi undangundang, atau cuba memintas atau mengakses secara tidak sah, data peribadi yang dihantar ke atau terkandung dalam Laman kami, atau teknologi mungkin rosak atau tidak berfungsi seperti yang dijangkakan. Walau bagaimanapun, kami akan menggunakan pengaturan keselamatan yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda seperti yang dikehendaki oleh Undangundang Privasi.
8. BERAPA LAMA SPX AKAN MENYIMPAN DATA ANDA?
Kami akan menyimpan data peribadi hanya mengikut Undang-undang Privasi, undang-undang berkaitan yang lain dan Dasar Privasi ini. Iaitu, kami akan memusnahkan atau menganonimkan data peribadi anda apabila kami telah menentukan secara munasabah bahawa
(a) tujuan data peribadi itu dikumpulkan tidak lagi dipenuhi oleh penyimpanan data peribadi tersebut;
(b) penyimpanan tidak lagi diperlukan untuk sebarang tujuan undang-undang atau perniagaan; dan
(c) tiada kepentingan sah lain yang memerlukan penyimpanan lanjut data peribadi tersebut. Jika anda berhenti menggunakan Laman kami, atau kebenaran anda untuk menggunakan Laman kami ditamatkan atau ditarik balik, kami boleh terus menyimpan, mengguna dan/atau mendedah data peribadi anda mengikut Dasar Privasi ini dan kewajipan kami di bawah Undang-undang Privasi. Tertakluk kepada undang-undang yag berkenaan, kami boleh melupuskan data peribadi anda dengan selamat tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada anda.
9. ADAKAH SPX MENDEDAHKAN DATA ANDA KEPADA PIHAK KETIGA?
9.1 Dalam menjalankan perniagaan kami dan menyediakan Laman kami kepada anda, kami mungkin perlu mendedahkan atau memindahkan data peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga, ejen, sekutu, syarikat berkaitan, dan pihak ketiga lain yang berkaitan untuk Tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Kami berusaha untuk memastikan bahawa pihak ketiga dan sekutu kami menyimpan data peribadi anda secara selamat daripada akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, atau pemprosesan yang tidak diberikuasa dan hanya menyimpan data peribadi anda selama tempoh data peribadi anda diperlukan untuk Tujuan yang dinyatakan di atas.
9.2 Pihak ketiga yang kami mungkin mendedahkan data peribadi anda termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
(a) Syarikat subsidiari, syarikat sekutu, dan syarikat berkaitan yang memproses data peribadi anda semasa kami menyediakan Laman kami kepada anda;
(b) Kontraktor, ejen, penyedia perkhidmatan dan pihak ketiga lain yang kami gunakan untuk menyokong Laman kami atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam Laman kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyedia perkhidmatan kewangan, agensi tenaga kerja, syarikat telekomunikasi, syarikat teknologi maklumat, syarikat insurans, penyedia perkhidmatan yang kami telah memberi kebenaran untuk mentadbir atau mengurus sebarang program rujukan bagi pihak kami, dan pusat data;
(c) Pihak berkuasa kerajaan, penguatkuasa undang-undang, pengawal selia, atau pihak kuasa kehakiman yang mempunyai bidang kuasa ke atas SPX, atau pihak ketiga yang lain, bagi tujuan keselamatan, perlindungan, atau pematuhan undang-undang berkenaan; dan
(d) Pembeli, bakal pembeli atau pengganti lain sekiranya berlaku penggabungan, pelupusan, penstrukturan semula, penyusunan semula, pembubaran atau penjualan atau pemindahan lain sebahagian atau semua aset SPX, sama ada sebagai usaha berterusan atau sebagai sebahagian daripada kebankrapan, pembubaran atau prosiding yang serupa. Ini termasuk data peribadi yang dipegang oleh SPX yang dipindahkan sebagai sebahagian daripada transaksi sedemikian, termasuk sebarang transaksi aset perniagaan yang melibatkan SPX atau sekutunya.
9.3 Laman kami menggunakan Google Analytics, perkhidmatan analisis web yang disediakan oleh Google, Inc. ("Google"). Google Analytics menggunakan “cookies”, yang merupakan fail teks yang diletakkan dalam peranti anda, untuk membantu Laman kami menganalisis cara Pengguna menggunakan Laman kami. Maklumat yang dijana oleh “cookies” tentang penggunaan Laman kami oleh anda (termasuk alamat IP anda) akan dihantar kepada dan disimpan oleh Google. Google akan menggunakan maklumat ini untuk tujuan menilai penggunaan Laman kami oleh anda, mengumpul laporan mengenai aktiviti laman web untuk pengendali laman web dan menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan aktiviti laman web dan penggunaan Internet. Google juga boleh memindahkan maklumat ini kepada pihak ketiga jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau apabila pihak ketiga tersebut memproses maklumat bagi pihak Google.
9.4 Untuk mengelakkan keraguan, sekiranya Undang-undang Privasi atau undang-undang lain yang berkaitan membenarkan kami mengumpul, mengguna atau mendedah data peribadi anda tanpa persetujuan anda (contohnya, menurut proses undang-undang seperti sepina, perintah mahkamah atau waran geledah), kebenaran yang diberikan oleh undang-undang akan terus digunakan. Kami mungkin memproseskan data peribadi anda untuk alasan undangundang yang diakui termasuk untuk mematuhi kewajipan undang-undang, melindungi hak kami, melaksanakan kontrak, mencapai kepentingan yang sah, atau sehubungan dengan tuntutan undang-undang.
10. PENGGUNAAN PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA ATAU API
10.1 Laman kami menggunakan dan menggabungkan perkhidmatan pihak ketiga atau “application programming interfaces” (“API”). Contohnya, kami menyepadukan API peta, trafik atau navigasi pihak ketiga yang dicipta dan disediakan oleh pihak ketiga seperti Google, Inc. (Google Maps), atau penyedia solusi pembayaran. Kami juga mungkin melibatkan pihak ketiga lain untuk menawarkan perkhidmatan dan ciri lain kepada anda melalui Laman kami.
10.2 Pihak ketiga ini mempunyai dasar privasi yang berasingan dan bebas serta pengaturan keselamatan mereka sendiri. Anda digalakkan untuk menyemak sendiri dasar privasi pihak ketiga ini. Walaupun pihak ketiga bergabung dengan kami, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman web yang dipautkan, yang masing-masing mempunyai amalan privasi dan pengumpulan data yang berasingan dan bebas daripada kami. Data yang dikumpul oleh pihak ketiga ini (walaupun ditawarkan pada atau melalui Laman kami) mungkin tidak diterima oleh kami. Kami tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi atau pengaturan keselamatan pihak ketiga ini yang menyediakan perkhidmatan atau API di Laman kami.
11. ADAKAH SPX AKAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT ANDA KE LUAR NEGARA?
Semasa menyediakan Laman kami kepada anda, data peribadi anda mungkin akan dipindah, disimpan atau diproses di luar negara anda untuk satu atau lebih bagi Tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Walau bagaimanapun, kami hanya akan memindahkan data anda ke luar negara mengikut Undang-undang Privasi dan Dasar Privasi ini.
12. BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGGUNA HAK ANDA KE ATAS DATA PERIBADI ANDA?
12.1 Menarik balik Kebenaran
Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan data peribadi anda dalam simpanan kami atau di bawah kawalan kami. Anda boleh berbuat demikian dengan menghantar e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami di alamat e-mel yang dinyatakan dalam Seksyen 13 (Soalan, Kerisauan atau Aduan? Hubungi Kami) di bawah, dan kami akan memproses permintaan tersebut berdasarkan Dasar Privasi ini. Namun, penarikan persetujuan anda mungkin bermaksud bahawa kami tidak dapat terus menyediakan Laman kami kepada anda dan kami mungkin perlu membatalkan hubungan, penempatan, perjanjian sedia ada anda dengan kami, jika ada. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin menyimpan data peribadi anda di mana undang-undang yang berkenaan membenarkan kami atau mewajibkan kami berbuat demikian
(a) Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda, cari kami menggunakannya dan dengan siapa kami mengkongsikan data tersebut. Jika ada, anda boleh akses data peribadi anda yang telah diberi kepada kami melalui akaun anda di Laman kami. Anda juga boleh bertulis kepada Pegawai Perlindungan Data kami di alamat e-mel yang dinyatakan di Seksyen 13 (Soalan, Kerisauan atau Aduan? Hubungi Kami) di bawah untuk akses data peribadi anda yang dalam simpanan kami atau di bawah kawalan kami.
(b) Kami mungkin mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pengendalian dan pemprosesan permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda. Sekiranya kami memilih untuk mengenakan bayaran, kami akan memberikan anggaran bertulis mengenai bayaran yang akan kami kenakan. Harap maklum bahawa kami tidak perlu membalas atau memproses permintaan akses anda melainkan anda telah bersetuju untuk membuat bayaran tersebut.
(c) Kami berhak menolak permintaan untuk mengakses atau membetulkan data peribadi anda berdasarkan peruntukan yang termaktub dalam Undang-undang Privasi di mana kami berhak berbuat demikian dalam kaedaan yang dinyatakan, seperti jika memberi akses akan menyebabkan kemudaratan yang segera atau serius, atau mengancam keselamatan, kesihatan fizikal atau mental seorang individu.
Anda mempunyai hak untuk meminta membetulkan kesilapan atau peninggalan, atau sebarang maklumat yang tidak tepat pada data peribadi anda yang kini dalam simpanan kami atau di bawah kawalan kami. Jika ada, anda boleh sama ada membetulkan data peribadi anda melalui tetapan pengurusan akaun anda dalam Laman kami, atau dengan menulis kepada Pegawai Perlindungan Data kami. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin memerlukan maklumat lanjut daripada anda untuk memastikan identiti anda atau mengesahkan butiran anda untuk memproses permintaan anda.
13. SOALAN, KERISAUAN ATAU ADUAN? HUBUNGI KAMI
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kerisauan mengenai Dasar Privasi ini atau amalan privasi kami, atau ingin menggunakan hak anda dibawah Undang-undang Privasi yang berkaitan, kami amat mengalu-alukan anda untuk hubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui e-mel di dpo.my@spxexpress.com.
Tarikh Akhir Dikemaskini: 30 April 2025